Tentang Kami

LATAR BELAKANG SYARIKAT

PEGU DUA TECHNOLOGY SDN BHD merupakan sebuah syarikat kontraktor Bumiputera Kategori G7 yang telah ditubuhkan pada 3 MEI 2019 di CYBERJAYA, SELANGOR. Syarikat ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pasaran sivil semasa khususnya dalam bidang kontraktor binaan, pembekalan bahan binaan bagi projek-projek pembangunan dengan Agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta, klien perseorangan dan seumpama dengannya.

Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kejuruteraan awam khususnya bagi kerja-kerja berkaitan ubahsuai, pembinaan dan baik pulih bangunan, jambatan dan jalan, serta; lanskap, pembersihan sistem perparitan dan pembentungan. Berbekalkan sokongan tenaga kerja profesional dan kakitangan syarikat yang berdedikasi, PEGU DUA TECHNOLOGY SDN BHD yakin berupaya melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih efektif.

Bagi mengembangkan operasi dan daya saing PEGU DUA TECHNOLOGY SDN BHD dalam pasaran tempatan dan perolehan kerja dari sektor kerajaan, pihak syarikat akan terus mempertingkatkan kualiti dan ketepatan masa kerja. Pengurusan syarikat juga akan mematuhi piawaian serta garis panduan perlaksanaan projek yang telah ditetapkan sebagai usaha mewujudkan kerjasama jangka masa panjang dengan semua rangkaian pelanggan.

VISI DAN MISI Syarikat

VISI SYARIKAT

PEGU DUA TECHNOLOGY SDN BHD berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi peneraju utama dalam industri yang diceburi menerusi pembentukan kecemerlangan budaya kerja seterusnya melahirkan tenaga kerja profesional yang berkemahiran tinggi.

MISI SYARIKAT

Bagi memastikan visi PEGU DUA TECHNOLOGY SDN BHD berupaya direalisasikan, pihak syarikat perlu sentiasa mengawal selia agar

  • kehendak dan permintaan pelanggan sentiasa menjadi prioriti utama kepada syarikat.
  • kualiti perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa pada tahap terbaik.
  • tahap kecekapan tenaga kerja sentiasa berada pada tahap teratas
    menerusi latihan praktikal dan pendedahan terhadap kerja yang
    dilakukan.
  • memperluaskan rangkaian perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan
    dalam perkhidmatan untuk menangani keperluan khusus pelanggan.
icon21.png

12 Tahun Pengalaman

kami komited untuk menyediakan perkhidmatan dan servis berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan kami.

STRUKTUR ORGANISASI

kami percaya bahawa struktur organisasi yang jelas dan efisien adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Struktur organisasi kami direka untuk memastikan aliran kerja yang lancar, komunikasi yang efektif, dan pengurusan yang cekap. Berikut adalah gambaran struktur organisasi kami.

  • PENGARAH URUSAN
    MUHAMMAD NUR AFANDI BIN ALI
    • KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
      • PROJECT DEPARTMENT
        • ENGINEER
      • ADMIN / HR DEPARTMENT
        • ADMINISTRATOR
Scroll to Top

Menu